Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Saturday, August 7, 2010

Gigi Bongsu Oh Gigi Bongsu

Gigi Bongsu adalah 4 batang gigi geraham yang terakhir akan tumbuh bagi seseorang. Gigi Bongsu ini akan tumbuh semasa lingkungan umur 20-30 tahun. Namun ada juga sesetengahnya masih tumbuh selepas berumur 30 tahun. Bagi gigi bongsu yang tumbuh secara sempurna biasanya tiada masalah, tetapi bagi gigi bongsu yang tumbuh senget, melintang dan sebagainya akan menyebab individu itu akan mengalami bengkak dan sakit.

Lihat Gambar-Gambar Gigi Bongsu

Kebiasaannya apabila gigi bongsu anda tumbuh secara tidak normal gusi anda akan bengkak dan menyebabkan kesakitan kerana gigi bongsu itu menolak gigi geraham sedia-ada anda. Jika keadaan berikut berlaku sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan. Jika gigi anda bengkak dan bernanah biasanya doktor akan berikan ubat antibiotik dan tahan sakit sehingga bengkak hilang. Kemudian doktor akan menyarankan anda untuk mencabut gigi bongsu tersebut samaada secara cabutan normal atau pun pembedahan. Kebiasaannya jika gig bongsu anda yang bermasalah dibawah penyelesaiaannya pembedahan. Kos pembedahan jika di klinik swasta anggaran RM300-400.

Jom tengok video pembedahan gigi bongsu...



Kepada yang pernah mengalami masalah gigi bongsu.. kongsikan pengalaman anda di ruangan komen..

1 comments:

Anonymous said...

xleh kasi pengsan ke?

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan