Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Showing posts with label Keagamaan. Show all posts
Showing posts with label Keagamaan. Show all posts

Wednesday, September 8, 2010

Rancangan Membakar Al-Quran Oleh KAFIRUN

Pastor Terry Jones merupakan perancang upacara mebakar Kitab Suci Al-Quran bagi mengenang tragedi 11 September. Adakah Islam masih berdiam diri dengan perancangan tersebut. Ikutilah video temubual diantara CNN dan manusia racist ini. Moga Allah akan melaknatkan si durjana ini. Amin.




KABUL: Nyawa tentera Amerika Syarikat berada dalam bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangan untuk membakar kitab suci al-Quran pada ulang tahun serangan 11 September Sabtu ini.


Jeneral David Petraeus berkata, rancangan membakar kitab suci itu akan menjadi propaganda untuk Taliban di Afghanistan dan mencetuskan sentimen anti-Amerika Syarikat di seluruh dunia Islam.

Katanya, sebarang tindakan yang dilihat oleh penduduk Afghanistan sebagai penghinaan terhadap Islam sebelum ini telah menyebabkan keganasan sehingga mengorbankan nyawa.

Isnin lalu, kira-kira 200 jemaah berhimpun di sebuah masjid di Kabul kerana membantah rancangan pembakaran kitab suci itu sambil melaungkan slogan ‘Maut Untuk Amerika’ dan ‘Hidup Islam’ selama sejam selepas solat Zuhur.

Pusat Dove World Out-reach berkata sebelum ini, ia akan membakar kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September sebagai bantahan apa yang didakwanya ‘kejahatan Islam.’ “Ia meletakkan nyawa tentera Amerika Syarikat dalam bahaya dan boleh menjejaskan keseluruhan usaha di Afghanistan.

“Ia hampir sama dengan tindakan yang dilakukan oleh Taliban dan boleh mencetuskan masalah besar.

“Bukan saja di sini tetapi di mana juga yang membabitkan kita dengan masyarakat Islam,” kata jeneral itu dalam kenyataan menerusi e-mel.

“Saya memandang berat tindak balas yang mungkin dilancarkan akibat pembakaran al-Quran itu.

“Khabar angin mengenai kemungkinan rancangan itu dilakukan sudah mencetuskan tunjuk perasaan seperti yang berlaku di Kabul, semalam.

“Jika ia dilakukannya juga, keselamatan tentera Amerika dan pekerja awam akan berada dalam bahaya,” tambahnya. - Agensi

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TenteraASdalambahaya/Article

Tuesday, September 7, 2010

Cara-Cara Mencari Arah Kiblat Tanpa Menggunakan Kompas.

Video Menunjuk Cara-cara Mencari Arah Kiblat Tanpa Menggunakan Kompas.


Solat Sunat Hari Raya

Ramadhan bakal berakhir maka menjelmalah pula syawal yang dinanti-nantikan. Bersama-sama ini dikongsikan bersama Cara-cara serta lafaz niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:

Niat Solat Sunat Aidilfitri:


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : takbir 7kali selepas takbiratul ihram dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.



Takbir Raya
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Tuesday, August 31, 2010

Tahukah anda, Siapakah Anda?

Siapakah orang yang sibuk? Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s


Siapakah orang yang manis senyumanya? Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan