Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Showing posts with label Tahu Ke Anda. Show all posts
Showing posts with label Tahu Ke Anda. Show all posts

Wednesday, August 8, 2012

Padang Kota Lama, Pulau Pinang


Padang Kota merupakan satu kawasan di bandaraya George Town. Ia terletak di dalam kawasan parlimen Tanjung. Padang Kota terbahagi kepada dua bahagian iaitu Padang Kota Lama dan Padang Kota Baru. Di sini beberapa acara penting selalu diadakan seperti sambutan hari kemerdekaan, Sambutan Tahun Baru, dan acara santai yang lain.
Padang Kota menghadap ke arah laut. Dari Padang Kota , pengunjung dapat melihat Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ke tanah besar dengan jelas dan juga feri Pulau Pinang berselisih membawa penumpang dan kenderaan dari Pangkalan Sultan Abdul Halim ke

Friday, October 8, 2010

Tapak kaki terbesar dinosaur dijumpai

PARIS - Pakar-pakar haiwan purba Perancis mendakwa mereka menemui tapak kaki dinosaur baru-baru ini yang dipercayai terbesar pernah ditemui.


Menurut seorang saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Jean-Michel Mazin, kesan tapak kaki itu yang berukuran antara 1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui di pergunungan Jura.

Setakat ini sebanyak 20 tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun saintis percaya terdapat ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui.

Tapak kaki itu terpelihara dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun.

Penyelidik-penyelidik berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih baik mengenai haiwan berleher panjang itu.

Berdasarkan saiz tapak kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinosaur itu antara 30 hingga 40 tan dan panjang lebih 25 meter.

Sumber Akbar Kosmo 8/10/2009


 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan