Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Sunday, August 29, 2010

Apa Khabar Saudara Kita Di Selatan Thailand?

Hari ini 20 Ramadhan 1431 bersamaan 30 Aug 2010, sudah 20 hari kita berpuasa. diharap kita semua dapat menunaikan ibadah puasa tanpa sebarang masalah. Terkenang kembali pada bulan puasa tahun 2004 iaitu 4 tahun yang lalu. Ingatkah anda apa yang berlaku sekitar bulan Ramadhan tahun ini? Mungkin ada yang mengingatinya dan mungkin ada yang terlupa atau pun ada yang tidak tahu dan tidak ingin tahu. Peristiwa ini berlaku dinegara jiran kita disebelah utara/pantai timur Malaysia. Tak Bai..
Ingatkah anda dengan peristiwa di Takbai Thailand. Peristiwa tersebut berlaku didalam bulan puasa tahun 2004. Apa khabar saudara kita disana untuk Ramadhan kali ini? Harapan semuanya dapat menunaikan ibadah puasa dengan aman dan damai.

Takbai Selatan Thailand tidaklah begitu jauh dengan kita. Ianya bersempadan dengan Kelantan. Kepada yang belum belum mengetahui kedudukan geografinya boleh lihat imej map ini.


Bagi mengenang kembali Ramadhan sekitar tahun 2004 kita kenangkan kembali apa yang terjadi pada saudara-saudara islam kita di Selatan Thai. Bacalah artikel-artikel dan berita dibawah :-

------------------------------------------------------------------------------------------------
MEMPERINGATI TRAJEDI BERDARAH OKTOBER TABAL (TAKBAI)
25 hb October 2007

Hari ini genap lah tiga tahun masehi peristiwa pembunuhan beramai-ramai umat islam di Tabal (Takbai) oleh tentera penjajah Thai.Peristiwa yang menyayat hati ini telah didahului enam bulan sebelum nya satu lagi peristiwa sedih iaitu pembunuhan beramai-ramai yang kejam di dalam masjid kerisek pemuda-pemuda yang tidak bersalah. Dikedua-kedua peristiwa ini ada persamaan , iaitu tentera Thai bertindak dengan niat untuk membunuh kesemua orang-orang melayu yang hadhir ditempat peristiwa itu.Strateji yang terancang ini adalah sebahagian dari kempen ‘etnik cleansing ‘Penjajah Thai terhadap bangsa Melayu.Peristiwa kekejaman Siam terhadap orang-orang Patani ini adalah setanding dengan apa yang di lakukan oleh orang-orang Serbia terhadap bangsa Bosnia dan Zionis terhadap rakyat Palestin.Penindasan dan kekejaman ini bukan sahaja berlaku di kerisik dan Tabal bahkan berlaku setiap hari.Hanya akhbar-akhbar di Thailand dan Malaysia dilarang dari menyiarnya!!. Hanya berita-berita kematian orang Siam sahaja yang menjadi fokus.Itu pun kerana mau menunjuk kan bahawa pejuang-pejuang ini sebenar nya pengganas yang zalim.Bertitik tolak dari peristiwa-peristiwa yang menyedihkan inilah yang mencetus kebangkitan rakyat Patani secara besar-besaran.Peristiwa ini jugalah yang mencetuskan sumpah perjuangan oleh mujahidin-mujahidin yang bertugas.Mereka bersumpah tidak akan berhenti berjuang salagi bumi Patani tidak dibebas sepenuhnya dari sebarang bentuk penjajahan.

Peristiwa yang menyedihkan ini bukan saja diratapi oleh umat Islam Patani bahkan oleh sesiapa sahaja yang mengaku MELAYU dan ISLAM didunia ini!!! Sapatut nya peristiwa hitam 25 October ini di ingati diseluruh nusantara (Malaysia,Brunei dan Indonesia). Kerana perjuangan pembebasan Patani adalah perjuangan survival(mati dan hidup) Melayu seluruh nya.Kalau seluruh umat Arab menganggap perjuangan Palestin adalah issu arab maka Patani juga mesti menjadi issu MELAYU !!!

Walau pun mereka cuba membohongi angka kematian sabenar di Tabal tapi pihak patanikini telah dapat mengesan sebahagian dari kematian yang tidak di lapurkan. Antara nya yang mati ketika cuba melarikan diri dalam sungai.Mereka ditembak saperti ikan-ikan buruan.

Kubor-kubor pembunuhan beramai-ramai dijumpai di telubok patani,di tanah perkuburan cina di jala dan juga perkuburan cina di naratiwat.Jumlah kematian di ketiga-tiga kubur ini melebihi 500 orang yang di campak kadalam lubang beramai-ramai.

Sajumlah 78 orang yang mati tertindeh didalam trak tentera ketika di bawa keluar.

Lapuran tentera Thai sendiri memberi angka terperinci kematian:-

Trak yang bernombor 19338, 21 terbunuh
Trak yang bernombor 19232, 5 terbunuh
Trak yang bernombor 19263, 6 terbunuh
Trak yang bernombor 13164, 23 terbunuh
Trak yang bernombor 531, 5 terbunuh
Trak yang bernombor 5256, 1 terbunuh
Trak yang bernombor 530, 6 terbunuh.

11 mati dalam kenderaan yang tak dapat di kesan nombor nya.

Peristiwa ini bukan lah satu peristiwa yang luar biasa dibumi Patani. Bahkan ianya sambungan dari tindakan-tindakan yang telah dilakukan oleh penjajah thai sejak dari 1786 lagi. Mereka membunuh orang-orang Patani saperti binatang buruan.Mereka tidak pernah menganggap orang melayu Patani sebagai manusia.

Patani adalah sebahagian daripada ‘Tanah Melayu’. Bagaimanapun, pada pertengahan abad ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam yang disokong secara sulit oleh kuasa barat. Dalam tahun 1826, penaklukan Siam ke atas Patani telah diiktiraf oleh British. Dalam usahanya untuk mengukuhkan cengkamannya ke atas Patani, pada tahun 1902 kerajaan Siam melaksanakan dasar Thesaphiban.Dengan itu, sistem pemerintahan kesultanan Melayu telah dihapuskan. Dengan termeterainya Perjanjian Bangkok pada tahun 1909,Patani telah diakui oleh British sebagai sebahagian daripada jajahan Siam walaupun tanpa kerelaan orang-orang Melayu Patani.

Semenjak penghapusan pemerintahan Kesultanan Melayu Patani, orang-orang Melayu-Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang ‘Genocidal tendency’ dan ganas. Justeru, tidaklah hairan seringkali berlaku kebangkitan di Patani. Pada tahun 1923, Tengku Abdul Kadir Kamaruddin, bekas raja Kerajaan Melayu Patani, dengan sokongan pejuang-pejuang Turki, telah mengepalai gerakan pembebasan. Kebangkitan anti-Siam menjadi lebih hebat lagi apabila kerajaan Pibul Songgram (1939-44) cuba mengasimilasikan bangsa Melayu ke dalam masyarakat Siam melalui Dasar Rathaniyom.







Sultan Abdul Kadir,Raja terakhir Patani















Penglibatan Siam dalam Perang Dunia Kedua di pihak Jepun telah memberikan harapan kepada orang-orang Melayu Patani untuk membebaskan tanah air mereka daripada penjajahan Siam. Tengku Mahmood Mahyideen, putera bekas Raja Melayu Patani juga seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu.

Cadangan Tengku Mahmud itu adalah selaras dengan rancangan Pejabat Tanah Jajahan British untuk mengkaji kedudukan Segenting Kra dari sudut kepentingan keselamatan Tanah Melayu selepas perang nanti.

Harapan itu semakin cerah apabila kuasa-kuasa berikat, dalam Perisytiharan San Francisco pada bulan bulan April 1945, menerima prinsip hak menentu nasib sendiri (self-determination) sebagai usaha membebaskan tanah jajahan daripada belenggu penjajahan.

Atas semangat itu, pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Menara, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British merayu supaya empat wilayah di Patani dibebaskan daripada pemerintahan Siam dan digabungkan dengan Semenanjung Tanah Melayu.

Namun begitu, pendirian British terhadap Siam berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani.









YB Tengku Jalal













YM Tengku Mahmood Mahyiddin





















Kerajaan British memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya, kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Tindakan penjajahan ini juga selaras dengan perancangan Zionist yang memperkudakan kuasa barat itu.Patani senasib dengan Palestin dari segi permainan licik penjajah. Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara, khususnya di Tanah Melayu pada tahun 1948, menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu memastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan Negara-Negara Komunis. Kerajaan British memerlukan kerjasama kerajaan Siam bagi menghapuskan kegiatan penganas-penganas Komunis di perbatasan Tanah Melayu.Justeru itu Patani menjadi buffer zone.

Kebetulan pula kerajaan Siam telah memberi jaminan untuk memperkenalkan reformasi pentadbiran dan sosio-ekonomi di Patani bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh masyarakat Melayu. Oleh kerana itu, isu Patani mula dianggap kurang penting malahan kiranya dibangkitkan akan menjejaskan hubungan dengan Siam.

Selepas Persidangan Senggora pada awal Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu atas tuntutan pihak Siam mula mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin pejuangan Patani. GEMPAR juga telah diharamkan. Tengku Mahmood Mahyideen telah ditekan manakala Haji Sulung dihukum penjara. Pergerakan politik Patani semakin lemah dengan pembunuhan secara di racun Tengku Mahmood Mahyideen dan Syahid nya Haji Sulung pada tahun 1954. Peristiwa ini berkemungkinan akan berulang jika kerajaan Malaysia juga mengambil sikap yang sama saperti penjajah Inggeris serta bekerjasama dengan penjajah thai.

Sebelum perang dunia kedua penduduk melayu di patani melebihi 90 %, akan tetapi nisbah ini makin berkurang dengan pemindahan penduduk dari utara Thai ka Patani dan pembunuhan beramai-ramai yang sering dilakukan oleh penjajah thai.

Sejak akhir-akhir ini apabila operasi pejuang bertambah berjaya dan ‘intense’ penjajah telah mula memperalat kan orang-orang melayu demi melagakan mereka dengan pejuang-pejuang.Ramai dari mereka-mereka ini adalah pemimpin-pemimpin masyarakat yang kerana disogok kan dengan duit telah sanggup menjual bangsa dan ugama sendiri. Mereka telah mengguna berbagai strateji bagi melemahkan orang-orang melayu.Antara nya mengeluarkan fatwa bahawa perjuangan ini tidak syarii kerana Negara patani ini asalnya hak orang-orang Buddha. Mereka sanggup memutar belitkan sejarah demi menjadi kaldai tunggangan penjajah Thai.Mereka juga menubuh sebuah akhbar yang diberi nama’ aman damai’.Akhbar ini boleh di baca dalam internet www.amandamai.com.Ianya di ketuai oleh Dato Nik dir waba dan Haji Wahab Napdo .Beliau(NIK DIR) seringkali membuat kenyataan yang menyakit kan hati orang-orang melayu.










Rencana yang mengajak perpaduan antara Islam-buddha dalam akhbar aman damai.















Gambar sindiran yang di siar oleh akhbar aman damai.Menggambarkan pejuang sebagai serigala menarik secara paksa rakyat Patani.

Antara strateji lain nya ia lah percubaan mengumpul peniaga-peniaga Patani yang berada di Malaysia. Tugas ini diserahkan kapada bomoh Wan Mahadi yang pernah di tahan dalam penjara kerana terlibat dengan JI !!! Rupa-rupa nya tangkapan oleh pihak penjajah Thai dulu itu adalah satu tipu muslihat supaya orang-orang Patani percaya kapada golongan ini.

Sekarang ini peperangan sudah sampai peringkat apa yang disebut oleh alquranul karim sebagai Yaumul taqal jamaan. Yang mana perjuangan hanya terbahagi pada dua puak, iaitu puak Islam dan puak Kafir.Tidak ada yang lain.Jadi sesiapa yang memilih bersubahat dengan penjajah Thai adalah puak kuffar.Mereka-mereka yang bersengkongkol dengan penjajah Thai sekali lagi di beri amaran supaya kembalilah ka pangkal jalan.Jangan tuduh pejuang-pejuang tidak berperi kemanusiaan kapada bangsa sendiri. Maka sesiapa saja yang bersengkongkol dengan penjajah akan di anggap sebagai anjing penjajah. Mereka akan dilayan saperti penjajah !!

AWAS KAMU wahai pengkhianat-pengkhianat. Jangan sampai kami hilang kesabaran!!! Kamu bersahabat dengan penjajah yang tidak pernah MENG ANGGAP BANGSA KAMU SABAGAI MANUSIA !!















Assyahid Husin Bendang Lima









Gambar-gambar kezaliman di tabal(takbai)




Walaupun rakyat Patani masih dalam kesedihan kerana berkabung tetapi minggu yang lalu mujahidin telah berjaya membunuh 12 orang tentera dan mencederakan lebih 29 orang dalam serang hendap. Dalam serang balas dendam mereka selapas itu . Seramai 5 orang pejuang syahid setelah berebut-rebut untuk syahid dikalangan mereka.(Fatihah untuk mereka-mereka yang syahid)

Alhamdulillah perjuangan kemerdekaan Patani akan bangkit diatas darah para syuhada. Kami lebih rela hapus semua sakali dari di biarkan walau sasaat lagi bumi kami di jajah. Kami memohon kapada allah swt .Ambil lah darah kami demi pengorbanan untuk mendaulatkan kalimat mu di bumi ini. Ya allah seandainya kau mati kan kami semuanya maka tidak ada lagi lah penyembah-penyembah mu yang ikhlas di bumi Patani.

Dipetik dari : http://patanikini.wordpress.com/2007/10/25/memperingati-trajedi-berdarah-oktober-tabal-takbai/

-------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kebenaran dan sandiwara

Oleh Zulkiflee Bakar

``AHLI keluarga kepada Gifli Mama, 25, yang doktor sahkan kematian kononnya akibat sesak nafas mendapati leher Gifli patah manakala muka dan badannya penuh dengan kesan tembakan.''

``Saya melihat dengan mata saya sendiri bagaimana tidak kurang daripada tiga penunjuk perasaan dibelasah sampai mati oleh pihak tentera.''

``Para tahanan dilayan seperti binatang, mereka diseret ke trak tentera dengan muka ke bawah mengakibatkan majoriti mereka mengalami kecederaan parah di bahagian muka.''

Begitulah tiga gambaran yang diberikan oleh mereka yang menyaksikan peristiwa berdarah di depan Balai Polis Tak Bai, Narathiwat pada Isnin lalu dan gambaran ini merupakan antara berpuluh-puluh gambaran kekejaman tentera Thailand ke atas penunjuk perasaan yang kesemuanya beragama Islam.

Semua kekejaman ini walaupun dinafikan oleh Perdana Menteri Thailand, Thaksin Sinawatra namun beliau tidak mampu menyembunyikan fakta terhadap apa yang terjadi, sebaliknya hari demi hari satu demi satu kebenaran terhadap peristiwa berdarah itu terserlah.

``Thaksin tidak perlu berbohong lagi, seluruh dunia sudah mengetahui apa sebenarnya berlaku pada Isnin lalu, adalah lebih baik beliau mengakui sahaja kekejaman tenteranya ke atas umat Islam di wilayah selatan Thailand,'' kata seorang tokoh agama di Narathiwat.

Ternyata sekali pembohongan demi pembohongan yang dilakukan oleh Thaksin dalam usaha mempertahankan tenteranya tidak mendatang faedah kepada Thailand sebaliknya pemimpin yang dianggap ahli politik paling kaya di negara itu perlu mengakui fakta yang dibentangkan terhadap peristiwa berkenaan.

Bagi wartawan dan mereka yang menyaksikan peristiwa itu secara langsung, sudah tentu akan kecewa dengan penjelasan yang diberikan oleh Thaksin terutamanya kenyataan bahawa pihak tentera tidak melepaskan sebarang tembakan kepada penunjuk perasaan.

``Saya tidak faham bagaimana Thaksin boleh berkata demikian sedangkan hampir kesemua mangsa mati ditembak dan ada pula terkorban akibat dibelasah,'' kata seorang penduduk Kampung Bharu yang tinggal kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Bagi penduduk sekitar tempat kejadian mereka mendengar bunyi tembakan selama 10 minit tanpa berhenti dan mengikut teori ketenteraan dalam sesaat senjata yang digunakan oleh tentera Thailand itu mampu memuntahkan 10 butir peluru.

Justeru bayangkan apa yang berlaku jika 300 anggota tentera yang berada di tempat kejadian menggunakan senjata dari jenis yang sama melepaskan tembakan secara serentak selama 10 minit.

Telatah pihak berkuasa Thailand untuk melakukan pemalsuan fakta tragedi itu juga turut memaparkan betapa tersepitnya kerajaan Thaksin dalam menghadapi tekanan antarabangsa, ini termasuklah menunjukkan kepada media beberapa butir bom dan senjata tajam yang dibawa oleh penunjuk perasaan.

Tetapi hakikatnya, kehadiran bom itu boleh dipersoalkan kerana jika benar penunjuk perasaan membawa bom sudah pasti ia dilontar kepada pihak tentera sebaik sahaja tembakan dilepaskan dan jika itu berlaku maka yang akan turut terkorban ialah anggota tentera dan polis yang terlibat bak kata orang Indonesia, `mati satu mati semua'.

Begitu juga dengan senjata tajam yang dipaparkan. Adalah tidak munasabah para penunjuk perasaan membawa senjata yang sudah berkarat untuk bertempur dengan pihak berkuasa dan kenapakah senjata itu hanya dipaparkan selepas beberapa hari kejadian berbanding peristiwa di Masjid Kerisik di mana senjata yang digunakan oleh perusuh ditunjukkan kepada umum beberapa jam selepas kejadian.

``Ini semua adalah satu pembohongan secara terang-terangan, penunjuk perasaan tidak ada senjata sama sekali dan kita yakin senjata yang dijumpai itu adalah rekaan pihak tentera dalam menghalalkan tindakan ganas mereka,'' kata seorang guru agama sebuah pondok pengajian di Narathiwat ketika ditemui.

Apa yang membimbangkan ramai pihak termasuk di Malaysia ialah peristiwa Tak Bai itu akan menjadi pencetus kepada peristiwa yang lebih buruk kepada keselamatan di selatan Thailand dan Thaksin sengaja melupakan sejarah bahawa tindakan ganas hanya akan mencetuskan keganasan yang lebih buruk.

Bagi pemerhati ketenteraan, kelemahan ketara Thaksin ialah beliau tidak mampu untuk mengawal tentera Thailand dalam melakukan sebarang tindakan sehingga mengakibatkan tercetus peristiwa Masjid Kerisik dan Tak Bai.

``Pihak tentera tidak begitu mempedulikan apa yang Thaksin arahkan sebaliknya akan mendengar apa yang disuruh oleh jeneral mereka, itulah yang berlaku dalam dua peristiwa berkenaan apabila dua pegawai tentera bertaraf `jeneral' mampu mengarahkan anggotanya menembak penunjuk perasaan.

``Jika Thaksin mampu mengawal mereka sudah pasti kedua-dua peristiwa berdarah itu tidak akan terjadi sekali gus akan mengelakkan keganasan di selatan Thailand daripada berulang,'' kata seorang pakar strategik dan keselamatan ketika dihubungi di Kuala Lumpur.

Pandangan yang sama dikongsi oleh Profesor Sejarah Universiti Thammasat, Somsak Jeamtheerasakul yang menegaskan keganasan berterusan kerana kerajaan Thaksin tidak mempunyai kemampuan sama sekali untuk mengawal tentera.

Keadaan ini berbeza dengan kebanyakan negara Barat di mana kerajaan awam mempunyai mekanismenya untuk mengawal pasukan tentera,'' katanya dalam satu kenyataan kepada media pada hari kejadian.

Selain itu tindakan Thaksin menggunakan tentera untuk menyelesaikan konflik di selatan Thailand juga bukanlah satu tindakan yang bijak apatah lagi ia melibatkan sebuah pasukan khas yang dianggap oleh penduduk Islam sebagai `tidak berhati perut' dan sama sekali tidak mempunyai belas ihsan.

``Kelompok tentera inilah yang menjadi pembunuh utama umat Islam di sini, mereka ini bukan sahaja tidak berperikemanusiaan malah sanggup melakukan apa sahaja atas arahan para jeneral mereka,'' kata seorang penduduk yang menyaksikan kekejaman pasukan itu dalam peristiwa di Tak Bai.

Lebih memburukkan keadaan, Thaksin mengarahkan terlalu ramai tentera ke selatan sehinggakan mereka kini mencecah 9,000 orang dan majoriti mereka ini dibawa khas dari kawasan utara semata-mata bagi mengawal keadaan di selatan.

Kehadiran tentera yang begitu ramai ini bukannya meredakan keadaan sebaliknya hanya mencetuskan kemarahan kepada umat Islam yang merasakan mereka seolah-olah berada di zon yang dilanda peperangan.

``Walaupun Thaksin mendakwa akan menggunakan pendekatan yang berhemah dalam menangani isu di selatan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya kerajaan dilihat menggunakan kekuatan ketenteraan bagi menyelesaikan konflik,'' kata Pengerusi Jawatankuasa Islam Pusat Thailand, Paisarn Promyong.

Persoalannya kini apakah yang akan berlaku selepas Tak Bai bersimbah dengan darah? Sukar untuk diperkatakan. Apa yang pasti sudah ada kebimbangan ketara di kalangan seluruh penduduk Thailand bahawa kejadian itu akan menjadi pencetus kepada keganasan yang lebih buruk di selatan Thailand.

``Ramai bimbang kejadian itu akan menjadi permulaan bagi menyemarakkan lagi keganasan sehingga ia sukar dikawal dan keadaan itu akan menjejaskan keselamatan nasional, lebih buruk lagi ia juga akan memberi kesan kepada negara jiran seperti Malaysia,'' kata seorang pensyarah Universiti Chulalongkorn.

Oleh itu, kerajaan Thailand perlu menghentikan tindakan menangkap mereka yang tidak bersalah terutamanya golongan agama kerana ia hanya mencetuskan kemarahan umat Islam, ini termasuklah membebaskan para tahanan serta berusaha membawa semua pihak yang terlibat ke meja rundingan.

Bagaimanapun ahli akademik Thailand, Alhamad Somboo Bualuang berkata, sudah terlambat bagi kerajaan Thailand untuk melibatkan pemimpin agama dalam rundingan damai kerana kelompok itu seharusnya dilibatkan sejak awal lagi.

Berdasarkan kepada keadaan itu, kerajaan Thailand kini dilihat berada dalam keadaan tersepit bagi mencari pendekatan yang benar-benar jitu untuk menamatkan konflik di selatan, apatah lagi peristiwa Tak Bai dilaporkan meningkatkan lagi perasaan benci umat Islam.

Malah sama ada Thaksin hendak mengakui atau tidak di kalangan sebahagian besar orang Melayu di selatan negara itu, mereka sudah melahirkan kebencian berkenaan secara senyap dengan tidak mahu lagi menggunakan bahasa Siam dalam perbualan harian.

``Kesetiaan kami kepada negara Thailand tidak pernah berubah tetapi kami benci kepada pendekatan yang digunakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah umat Islam, kami bagaikan menjadi pelarian di negara sendiri,'' kata seorang warga tua Thailand yang tinggal di Tak Bai.

Justeru Thaksin tidak perlu merasa terkejut jika umat Islam tidak lagi mempercayai apa juga jaminan yang diberikan termasuk untuk menjalankan siasatan dan meminta maaf.

Ini kerana bagi penduduk Islam, mereka melihat Thaksin hakikatnya hanyalah bersandiwara dan mengetepikan segala kebenaran.

Thaksin sudah pasti tidak akan mendengar apa juga pandangan orang luar mengenai situasi dalaman negaranya tetapi apa yang perlu beliau mengerti Thailand bukanlah negara yang terletak di tengah-tengah lautan sebaliknya sebuah negara yang berjiran dengan Malaysia - sebuah negara yang mempunyai penduduk Islam yang ramai justeru fikirlah kesannya jika umat Islam di Thailand terus ditindas!

Artikel di petik dari
ARKIB : 31/10/2004 -Utusan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2004&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_09.htm

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Video-video versi youtube







Dan Banyak lagi layari www.youtube.com -- search Tak Bai

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan