Pages

Tuesday, September 28, 2010

Pelancaran www.tinjau.net Malaysia Online Marketplace

Sahabat-sahabat dan semua blogger-blogger anda dijemput untuk mengiklankan produk-produk anda dilaman http://www.tinjau.net secara percuma. Untuk makluman http://www.tinjau.net baru dilancarkan. kembangkan perniagaan anda bersama-sama kami dan jadikan produk-produk anda yang pertama di http://www.tinjau.net

Untuk Maklumat Lanjut Layari http://www.tinjau.net (Malaysia Marketplace)
Apa kelebihan http://www.tinjau.net/?

- Percuma Seumur Hidup
- Tiada sebarang login diperlukan
- Tidak memerlukan sebarang email confirmation
- Tiada expired date iklan anda sehingga anda sendiri yang memadamnya
- Anda boleh ubahsuai iklan yang sudah didaftarkan
- 4 keping gambar dibenarkan untuk upload
- Dibenarkan memasukkan link website anda di ruang iklan
- Mudah, Cepat dan Pantas
Jangan lepaskan peluang ini kembangkan perniagaan anda bersama http://www.tinjau.net/

Wednesday, September 8, 2010

Rancangan Membakar Al-Quran Oleh KAFIRUN

Pastor Terry Jones merupakan perancang upacara mebakar Kitab Suci Al-Quran bagi mengenang tragedi 11 September. Adakah Islam masih berdiam diri dengan perancangan tersebut. Ikutilah video temubual diantara CNN dan manusia racist ini. Moga Allah akan melaknatkan si durjana ini. Amin.




KABUL: Nyawa tentera Amerika Syarikat berada dalam bahaya jika sebuah gereja di Florida meneruskan rancangan untuk membakar kitab suci al-Quran pada ulang tahun serangan 11 September Sabtu ini.


Jeneral David Petraeus berkata, rancangan membakar kitab suci itu akan menjadi propaganda untuk Taliban di Afghanistan dan mencetuskan sentimen anti-Amerika Syarikat di seluruh dunia Islam.

Katanya, sebarang tindakan yang dilihat oleh penduduk Afghanistan sebagai penghinaan terhadap Islam sebelum ini telah menyebabkan keganasan sehingga mengorbankan nyawa.

Isnin lalu, kira-kira 200 jemaah berhimpun di sebuah masjid di Kabul kerana membantah rancangan pembakaran kitab suci itu sambil melaungkan slogan ‘Maut Untuk Amerika’ dan ‘Hidup Islam’ selama sejam selepas solat Zuhur.

Pusat Dove World Out-reach berkata sebelum ini, ia akan membakar kitab suci al-Quran pada ulang tahun kesembilan serangan 11 September sebagai bantahan apa yang didakwanya ‘kejahatan Islam.’ “Ia meletakkan nyawa tentera Amerika Syarikat dalam bahaya dan boleh menjejaskan keseluruhan usaha di Afghanistan.

“Ia hampir sama dengan tindakan yang dilakukan oleh Taliban dan boleh mencetuskan masalah besar.

“Bukan saja di sini tetapi di mana juga yang membabitkan kita dengan masyarakat Islam,” kata jeneral itu dalam kenyataan menerusi e-mel.

“Saya memandang berat tindak balas yang mungkin dilancarkan akibat pembakaran al-Quran itu.

“Khabar angin mengenai kemungkinan rancangan itu dilakukan sudah mencetuskan tunjuk perasaan seperti yang berlaku di Kabul, semalam.

“Jika ia dilakukannya juga, keselamatan tentera Amerika dan pekerja awam akan berada dalam bahaya,” tambahnya. - Agensi

Dipetik dari http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TenteraASdalambahaya/Article

Lawak Bola Sepak

Ha..hah... lawak bola sepak


Tuesday, September 7, 2010

Cara-Cara Mencari Arah Kiblat Tanpa Menggunakan Kompas.

Video Menunjuk Cara-cara Mencari Arah Kiblat Tanpa Menggunakan Kompas.


Solat Sunat Hari Raya

Ramadhan bakal berakhir maka menjelmalah pula syawal yang dinanti-nantikan. Bersama-sama ini dikongsikan bersama Cara-cara serta lafaz niat Solat Sunat Hari Raya Aidilfitri.

Hukum mengerjakan Solat Sunat Hari Raya Aildilfitri atau Aidiladha adalah sunat muakkad yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Cara bagi mengerjakan solat sunat Aidilfitri adalah:

Niat Solat Sunat Aidilfitri:


أُصَلِّي سُنَّةَ لِعِيْدِ الْفِطْرِ رَكْعَتَيْنِ مَأْمُوْمًا لِلَّهِ تَعَالَى

Rakaat pertama : takbir 7kali selepas takbiratul ihram dan doa iftitah kemudian Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun.

Rakaat ke-dua: takbir 5 kali dan Al-Fatihah serta Al-Ikhlas.

Khutbah Solat Sunat Aidilfitri.



Takbir Raya
اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَر ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَر أللهُ أَكْبَر وَِللهِ الْحَمْدُ . اللهُ أَكْبَر كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهً وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْن . لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ ، صَدَقَ وَعْدَهُ ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ ، وَأَعَزَّ جُنْدَهُ ، وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَِللهِ الْحَمْدُ

Pengasuh Biadap dan tidak berhati perut

Kurang ajar dan tidak berperi kemanusia. Tidak tahu rakaman ini rakaman baru pun lama dan dimana lokasinya diluar negara atau didalam negara. Tetapi ianya tidak sepatut berlaku sedemikian rupa. Oleh itu sesiapa yang mempunyai pengasuh, pantau-pantau lah anak anda. Sekali-sekala korban sikit masa kerja anda dan lakukan terjah untuk untuk memantau adakah pengasuh anak anda menjaga mereka dengan baik atau sebaliknya.



*Kalau budak tu anak aku memang kutip gigi lah pengasuh tu.. bak kata orang ayam pungut jagung dia pungut gigi.

Friday, September 3, 2010

Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor

Tahu kah anda tentang saman/kompaun ekor akan di senaraihitam (blacklist) untuk memperbaharui cukai jalan? Kepada yang pengguna jalanraya anda seharusnya perlu mengetahui perkara ini. Walaubagaimana pun pihak kerajaan telah menangguh senaraihitam bermula Aug 2010 sehingga Jan 2011. Senaraihitam tersebut akan di aktifkan semula selepas Jan 2010. Jadi didalam tempoh tersebut pengguna jalanraya yang telah disaman (saman ekor) perlu menjelaskan kesemua saman ekornya sebelum ianya boleh memperbaharui cukai jalan.

Didalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan 100%

Thursday, September 2, 2010

Mencari Calon Menantu

Seorang Ibu ingin mencari calon menantu wanita yang sesuai dan sepadan untuk anak lelakinya umur 30 tahun.Masih bujang. Pekerjaan Doktor di Selangor... Hahahaha... siapa yang layak boleh cuba buat permohonan..
 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan