Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Friday, October 8, 2010

Tapak kaki terbesar dinosaur dijumpai

PARIS - Pakar-pakar haiwan purba Perancis mendakwa mereka menemui tapak kaki dinosaur baru-baru ini yang dipercayai terbesar pernah ditemui.


Menurut seorang saintis Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan Perancis, Jean-Michel Mazin, kesan tapak kaki itu yang berukuran antara 1.4 meter hingga 1.5 meter panjang ditemui di pergunungan Jura.

Setakat ini sebanyak 20 tapak kaki dikesan di kawasan seluas 10 hektar namun saintis percaya terdapat ratusan atau ribuan lagi kesan sama yang belum ditemui.

Tapak kaki itu terpelihara dengan baik dan dipercayai daripada dinosaur jenis sauropod sebelum terbiar di dalam lumpur sehingga 150 juta tahun.

Penyelidik-penyelidik berkata, penemuan tersebut akan membantu mereka mendapatkan pengetahuan lebih baik mengenai haiwan berleher panjang itu.

Berdasarkan saiz tapak kaki itu, saintis-saintis menganggarkan berat dinosaur itu antara 30 hingga 40 tan dan panjang lebih 25 meter.

Sumber Akbar Kosmo 8/10/2009



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan