Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Friday, October 22, 2010

Bulu tebal tumbuh pada kulit budak

FENGKAI, China - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun mengejutkan doktor-doktor di China selepas tubuhnya ditumbuhi bulu tebal berwarna kelabu mirip bulu babi hutan, lapor sebuah akhbar.



Kejadian aneh yang menimpa kanak-kanak itu, Li Xiaoyuan di Fengkai, selatan China bermula beberapa bulan lalu apabila bulu mula tumbuh pada tahi lalat di belakangnya sebelum merebak dengan pantas ke belakang tubuhnya, tangan, kaki dan wajah budak itu.

"Kami sekeluarga amat sedih melihat dia merana kerana kejadian aneh ini," kata ibunya, Li Jiang.

Pakar Bedah Hospital Kulit Bandar Raya Zhaoqing, Dr. Lou Zhongquan ketika diminta mengulas mengenai penyakit ganjil itu berkata, budak perempuan tersebut mungkin menghidap sejenis penyakit yang jarang berlaku.

Menurutnya, penyakit itu menyebabkan tahi lalat tumbuh secara tidak normal.

"Sekiranya, tahi lalat itu kecil dan sedikit, kami boleh merawatnya dengan menggunakan laser tetapi jika kami membuangnya menerusi pembedahan, pendarahan selepas pembedahan mungkin berlaku," katanya. - Agensi

Sumber: Akhbar Kosmo
 
Tinjau Marketplace Malaysia (Gerbang Pengiklanan Percuma) Jual Beli Apa Sahaja Disini

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan