Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Wednesday, March 21, 2012

Sejarah Kumpulan Wings

Wings merupakan sebuah kugiran rock yang berasal dari Malaysia dan ditubuhkan sekitar 1980-an.

 

Sejarah

Sejarah penubuhan WINGS bermula pada sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Sri Ampang di Kuala Lumpur. Di situ empat orang anak muda yang masih menuntut bergabung tenaga membentuk sebuah pancaragam sekolah.
Oleh kerana terdorong dan amat meminati muzik terutama irama Rock, mereka sepakat untuk mendendangkan lagu berentak Rock'N'Roll di sepanjang persembahan mereka. Ketika itu bermulah kelahiran WINGS walaupun kumpulan ini belum mempunyai nama.
Anggota asal WINGS ialah Awie, Jojet, Jo dan Syam. Perpecahan melanda kumpulan ini apabila Jojet berhijrah ke kumpulan Gersang dan Jo mengundurkan diri. Manakala Syam menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Kumpulan CRK.
Pada awal tahun 1987, Wings mendapat tawaran untuk merakamkan album dibawah label ASP dan nama WINGS digunakan sebagai nama kumpulan ini. Ilham penggunaan nama WINGS sebagai nama kumpulan dicetuskan Awie apabila orang ramai selalu menegurnya kerana lengannya yang berotot atau lebih tepat seperti 'sesayap' (wing). WINGS bertungkus-lumus menyiapkan album pertama mereka berjudul Belenggu Irama dengan bantuan dua anggota baru iaitu Eddie dan Black (merupakan bekas anggota asal Kumpulan Babylon) yang menggantikan tempat Jojet dan Jo selain Awie dan Syam selaku anggota asal. Pada masa itu, pengurus WINGS adalah Ali Bakar.
Ketika muzik rock mula mendapat tempat, kemunculan sebuah kumpulan seperti WINGS sememangnya menghangatkan arena muzik rock tanah air. WINGS tampil dengan kelainan tersendiri dengan muzik yang dibawakan mereka cukup mantap walaupum ini adalah album pertama.
Dengan susunan muzik yang baik dan vokal yang bertenaga serta dibantu penggubah terkenal seperti M.Nasir, J S Kevin, pertarungan pertama WINGS di persada seni tanah air menampakkan hasil apabila album ini mendapat sambutan menggalakkan. Walaupun mereka terpaksa berdepan dengan masalah iaitu lagu mereka tidak dibenar penyiarannya di radio dan TV oleh RTM, pencinta muzik rock tetap dapat merasai bahang 'Belenggu Irama'.
Lagu seperti 'Belenggu Irama', 'Intan Ku Kesepian' dan 'Peronda Jaket Biru' adalah antara lagu yang menjadi kegilaan remaja Malaysia ketika itu. Pihak RTM tidak memberi kelulusan penyiaran terhadap lagu WINGS atas alasan lirik, lagu dan latar belakang WINGS yang dikatakan keterlaluan dan tidak menepati syarat untuk disiarkan.
Halangan ini sedikit sebanyak menghantui diri mereka. Namun, berkat ketabahan dan sokongan rakan dan peminat yang berdiri teguh di belakang, WINGS berjaya menempuh segala dugaan dan cabaran. Album ini terjual lebih 150,000 unit.
Selepas itu, populariti WINGS terus meningkat. Konsert mereka sentiasa mendapat perhatian ramai dan rata-rata peminat amat terhibur dengan persembahan WINGS yang mantap dan mempunyai identiti tersendiri.
Tetapi, tidak berapa lama selepas itu pertukaran ahli berlaku dengan Sham yang sebelum ini bertindak sebagai pemain gitar menarik diri dan kekosongan ini digantikan Joe, seorang gitaris kidal belasan tahun yang sebelum itu anggota kumpulan rock Scandals. Kehadiran Joe menambahkan lagi kemantapan WINGS kerana beliau sungguh kreatif dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam permainan gitar.

Ahli

Penyanyi Utama
  1. Awie (Ahmad Azhar Othman) 1985 - 1993, 2002 - Hari Ini
  2. Mel (Ismail Zainuddin) 1995 - 1996
  3. Mus Kumpulan May (Mustafa Din) 1996 - 2001
Pemain Gitar
  1. Syam(Berpindah Ke Kumpulan CRK 1985 - 1987
  2. Tham Wing Kwan 1987 (Tiada Album)
  3. Joe (Abdul Zamin bin Abdul Kadir) 1988 - Hari Ini
Pemain Bass
  1. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris) 1985 - Hari Ini
Pemain Dram
  1. Black(Azmi Hashim) 1985 - 1990, 1994 - Hari Ini
  2. Jojet (Telah menyertai Kumpulan Gersang) 1990 - 1993
  3. Nicx (Nik Auzany)- Sessionist- 2005 - Hari Ini
Berikut secara ringkas sejarah anggota WINGS. Joe pernah manganggotai SCANDALS sebelum memasuki WINGS. Black [(Babylon]) keluar dari WINGS selepas album Teori Domino dikeluarkan dan digantikan dengan Jojet, bekas ahli GERSANG. Beliau kembali menjadi pemain dram WINGS pada tahun 1994 selepas Jojet pula keluar dari WINGS.
Sejarah pertukaran penyanyi utama WINGS cukup menarik. Awie yang sudah cukup sebati dan merupakan satu imej kumpulan muzik ini, tiba-tiba meninggalkan WINGS di kala populariti yang memuncak berikutan kejayaan album Bazooka Penaka. Dua tahun kemudian barulah pengganti Awie ditemui. Mel, penyanyi berbakat yang sudah lama menceburi bidang nyanyian secara tak langsung dipilih menjadi penyanyi utama WINGS dan album Orang Asing dihasilkan.
Bagaimanapun, jodoh Mel dengan WINGS tidak kekal lama. Tidak lama selepas itu, Mel keluar dari WINGS dan WINGS bernasib baik kerana tempat Mel digantikan Mus, bekas penyanyi utama MAY yang seangkatan dengan WINGS. Ura-ura yang Mus akan memasuki WINGS sudah lama diperkatakan selepas Awie menarik diri. Oleh itu, selepas Mel dan WINGS tidak serasi, Mus segera menerima tawaran WINGS untuk bersama tiga lagi anggota WINGS meneruskan misi perjuangan mereka di bidang seni tanah air.
Sebanyak enam buah album termasuk satu album kompilasi dihasilkan dalam tempoh pembabitan Mus bersama WINGS dan vokal Mus makin serasi dengan muzik WINGS.
Album terakhir Mus bersama WINGS adalah Mr. Barbarik. Mus kemudian kembali ke kumpulan asalnya, MAY dan tempatnya digantikan semula penyanyi asal WINGS, Awie.
Dengan penggabungan kembali Awie sebuah album terhasil, Naga Kramat. Kini WINGS masih diterima peminat yang merindukan zaman kegemilangan mereka.
Ironinya, walaupun WINGS sudah melalui pelbagai rintangan dan cabaran, terutama sekali apabila vokalis utama mereka Awie menarik diri dan bergerak secara solo, namun WINGS masih mampu mempertahankan reputasi mereka dalam industri muzik rock tanah air.
Mereka tidak cepat melatah untuk terus membubarkan WINGS, lantas mengambil inisiatif dengan menerbitkan album Wings & Superfriends 1 & 2, yang menggabungkan beberapa artis rock popular tanah air.
Ini membuktikkan bagi mewujudkan sebuah kumpulan muzik, mereka tidak seharusnya bergantung kepada kredibiliti penyanyi semata-mata tetapi perlu mengambil inisiatif bagi memastikan WINGS terus bertahan dan kekal sebagai sebuah kumpulan rock paling berpengaruh di Malaysia.
Senarai anggota terkini pada tahun 2005 adalah :-
  1. Awie (Ahmad Azhar bin Othman)
  2. Abdul Zamin bin Abdul Kadir(Joe)
  3. Eddie (Samsaidi Haji Ulong Idris)
  4. Black(Azmi Hashim)

Album

  1. Belenggu Irama (1987)
  2. Hukum Karma (1988)
  3. Teori Domino (1990)
  4. Best Of Wings (1990)
  5. Jerangkung Dalam Almari (1991)
  6. Double Trouble (bersama kumpulan Search) (1992)
  7. Bazooka Penaka (1993)
  8. Wings & Superfriends 1 (1994)
  9. Wings & Superfriends 2 (1994)
  10. Orang Asing (1995)
  11. Biru Mata Hitamku (1996)
  12. Puisi Aidilfitri (1996)
  13. Double Trouble 2 (bersama kumpulan Search) (1997)
  14. Mencari Asal Usul (1998)
  15. MasterPiece Wings & J.S Kevin (1999)
  16. Mr.Barbarik (2000)
  17. Trilogi (2001)
  18. Naga Kramat (2002)
  19. Wings Alive 2006 (2007)
  20. Wings - 2 Dekad (2007)
  21. Wings - Live At Planet Hollywood (2008)

Lagu-lagu

  1. Inspirasi Taming Sari
  2. Intanku Kesepian
  3. Kembalilah
  4. Biarkan Berlalu
  5. Peronda Jaket Biru
  6. Kota Kemusnahan
  7. Belenggu Irama
  8. Sekeping Kertas Bermaruah
  9. Hapuskan Fitnah
  10. Dari Tuhan
Album: Hukum Karma (1988)
  1. Opera Hidup
  2. Misteri Mimpi Syakilla
  3. Jerangkap Samar
  4. Hikayat Penuh Ranjau
  5. Sembunyi
  6. Hukum Karma
  7. Orang Kita
  8. Taman Rashidah Utama
  9. Fotostat
  10. Anugerah
Album: Teori Domino (1990)
  1. Rantai
  2. Sejati
  3. Romania
  4. Trilogi
  5. Potret Monalisa
  6. Insaf
  7. Midnight Blues
  8. Bujang Senang
  9. Di Persimpangan
  10. Harapan
  11. Perhentian
  12. Alam Barzakh
Album: Jerangkung Dalam Almari (1991)
  1. Watari
  2. R N' R Lu Punya Suka
  3. Aku Pun Tahu
  4. Gemala Saktiku
  5. Lipas Kudung
  6. Dalam Kehadiran Sofiah
  7. Kau Bukan "Brader"
  8. Jerangkung Dalam Almari
  9. Awang Trasher
  10. Tirai Horizon
Album: Bazooka Penaka (1993)
  1. Bazooka Penaka
  2. Di Ambang Wati
  3. Bernafas Dalam Lumpur
  4. Kuburkan Kau
  5. Pengabdian Ku Kekasih
  6. Rock N' Roll Band
  7. Amok
  8. Satelit Puaka
  9. Suara Kita
  10. Tangisan Marhain
  11. Puisi Merdeka
Album: Orang Asing (1995)
  1. Ranjang Mawar
  2. Lena Diulit Intan
  3. Semalam Yang Hangat
  4. Siaran 9
  5. Orang Asing
  6. Lupakanlah
  7. Highland
  8. Buktikanlah
  9. Setan Mengganas
  10. Potret Diri
  11. Saputangan
  12. Rayuan Terakhir
Album: Biru Mata Hitamku (1996)
  1. Biru Mata Hitamku
  2. Gegar Gunung Gemura
  3. Intro
  4. Satu Titik Yang Kosong
  5. Enigma
  6. Makam Kekasih
  7. Asmara
  8. Raum
  9. Kembali
  10. Jika Kau Tahu
  11. Nomad
  12. Kata-Kata
  13. Jalan-Jalan
  14. Idaman
  15. Enigma (Akustik)
Album: Puisi Aidilfitri (1996)
  1. Sillaturrahim
  2. Puisi Aidilfitri
  3. Jelang
  4. Nursakti
  5. Keroncong Hari Raya
  6. Hari Raya Yang Mulia
  7. Engkau Aku Dan Dia
  8. Biru Mata Hitamku (Akustik)
  9. Pesona Sanubari
  10. Masalah berganda
  11. Terharu
  12. Penunggu
  13. Gelora Membara
Album: Mencari Asal-Usul (1998)
  1. Blues Ular Sawa
  2. Sakit Bantal Empuk
  3. Padamkan Lampu Tidurmu
  4. Badan Belut Kepala UIar
  5. Mencari Asal-Usul
  6. Krisis Di Pertengahan Hidup
  7. Hati Sulam Lain
  8. Hidup Sederhana
  9. Bukan Kerana Matahari
  10. Dilailah(hidup mati, damai perang)
  11. 18000 Sayap

Album: Mr. Barbarik (2000)
  1. Keris Tak Ada Sarung
  2. Inspirasi Syakilla
  3. Singa Dan Harimau
  4. 203
  5. Mayang Sulit
  6. Handal
  7. Julang Timur Tengah
  8. Samar Nan Terang
  9. Gua Henjut Je! (Instrumental)
  10. Teater MahaMega
'Album: Naga Kramat (2002)'<
  1. Ameringo
  2. Ranggi Metropolis
  3. Dewi Sakti Malam
  4. Entah Kiri Entah Kanan
  5. Kota Langit
  6. Sebelum Pasti
  7. Jumpa Hilang
  8. Kuda Hujan
  9. Sayap Ilusi
  10. Lubuk Pusing
  11. Rantau Kebiruan
  12. Med.ReUnion
  13. Istimewa
  14. Cinta Seusia Kita

Lagu yang popular

  1. Biarkan Berlalu
  2. Taman Rasyidah Utama
  3. Misteri Mimpi Syakila
  4. Aku Pun Tahu
  5. Bernafas Dalam Lumpur
  6. Di Ambang Wati
  7. Semalam Yang Hangat
  8. Lena Diulit Intan
  9. Biru Mata Hitamku
  10. Hati Sulam Lain
  11. Nasib Kita (Duet dengan Mael XPDC
  12. Ranggi Metropolis
  13. Cinta Seusia Kita
  14. Peronda Jaket Biru
  15. Sejati
  16. Hukum Karma
  17. Suara Kita
(Sumber wikimapia: Tanpa Sebarang edit) 

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan