Tinjau Malaysia Merketplace

Pages

Monday, January 30, 2012

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KILAT SERTA RIBUT PETIR

1.Kilat berlaku sebelum,semasa dan selepas hujan.

2.Ambillangkahkeselamatanapabilakilatberlaku 6 batu (9.6km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "FlashtoBang" (KilatkeGuruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu.(10saat=2batu,20saat=4batu,30saat=6batu). Sekiranya tempoh antara kilat dan guruhi alah kurang daripada 30 saat, langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.


3.Hanyas elepas 30 minit selepas kejadian kilat serta rebut petir barulah boleh dianggap selamat. A.LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN 1.Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plag dari soket dinding jika perlu. 2.JANGAN gunakan talipon talian rumah / pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja 3.Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

4.Elakkan berada dibilik air atau paip air yang diperbuat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUARRUMAH
1.Cari perlindungan dibangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat ( lightning arrestor).

2.Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.

3.Jika tiada berlindung di kawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.

4.Boleh mencari perlindungan dikawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

5.APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6.DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

7.JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.

8.JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, PadangGolf.

9.JANGAN beradadi Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya.

10.JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.

11.JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok danTanah.

12.JANGAN berada di tempat berhampiran logam seperti Pagar, TiangTalipon, Tiang Elektrik.

13.APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat kedaratan pastikan anda DUDUK rendah di tengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Tahu Ke Anda?. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan