Didalam hal ini kita tidak boleh menyalahkan 100%
kepada pihak Polis kerana mereka menjalankan tugas-tugas yang telah diamankan kepada mereka. Namun demikian pengguna-pengguna jalanraya juga bukanlah kebanyakannya dari golongan berada. Bagi golongan ini lah yang akan mengalami masalah melunaskan saman-saman yang dikenakan. Ini kerana pendapatan mereka hanya cukup-cukup untuk belanja bulanan. Jika pendapatan bulanan mereka dibebankan oleh saman-saman tersebut berkemungkinan perbelanjaan bulanan mereka akan terjejas. Duit makan, duit anak sekolah, hutang dan sebagainya. Bagi yang berada rasanya tiada masalah untuk hal demikian. Mengapa buat jika tahu melanggar undang-undang? Rata-rata yang kurang berpuas hati yang di saman/kompaun ekor disebabkan memandu laju 95KM/J daripada yang dihadkan 90KM/J. Kepada yang memandu sehingga 120KM/J daripada 95KM/J rasanya amat patut diambil tindakan.
Jika difikir secara dalam, cara dengan menyenaraihitam kan inilah salah satu cara untuk pihak berkuasa meminta saman-saman ini dijelaskan. Jika saman/kompaun tidak dijelaskan maka lebih baik sahaja di mansuhkan sahaja undang-undang tersebut. Tetapi undang-undang tersebut di laksanakan adalah untuk kebaikan pengguna-pengguna jalanraya juga. Jika tiada undang-undang tersebut lebih baik tumbangkan sahaja lampu isyarat disimpang-simpang. Jalan ikut suka anda, tiada sistem pun susah juga. Perangkap laju tidak dipasang bawalah sesuka hati anda. Jika anak anda tak melintas tak apa, tapi jika anak anda perlu melintas apa akan jadi? Bermasalah tidak?
Jika difikirkan secara waras mengapa sebelum ini, sejak berkuat kuasa saman ekor tidak disenaraihitam didalam memperbaharui cukai jalan/lesen memandu. Mengapa secara tiba-tiba ingin melaksankannya pula? Jika ianya dilaksanakan sejak azali rasanya masalah ini tidak terlalu berat dengan mengumpul sejumlah saman ekor yang banyak? Oh mungkin pihak berkuasa tidak pasti siapakah pemandu yang melanggar undang-undang jalanraya tersebut. Betul juga... betul ke? Tetapi masalahnya disini sejak ianya dikuatkuasa adakah pihak berkuasa tahu siapa pesalah trafik tersebut. Mungkinkan pemilik kenderaan, atau anaknya atau saudaranya,atau kawan-kawannya. Saman/kompaun ekor rasanya akan menghantar surat saman.kompaun kepada pemiliknya. Teraniaya atau tidak pemilik-pemilik jika rakan-rakan yang memandu keretanya. Jika rakan ingin meminjam atas urusan peribadi, kecemasan dan sebagainya mana mungkin kita sebagai rakan tidak memberikanya. Kita kan hidup berjiran harus tolong menolong, berperpaduan senang kata 1 Malaysia. Jadi siapa yang teraniaya?
Penulisan ini bukan lah bertujuan memburuk-burukkan mana pihak serta menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi perkara ini harus dia kaji agar tidak menganiaya mana-mana pihak. Ada baiknya pihak yang terlibat memulakan buku baru sebagai contoh memulakan senarai hitam untuk saman/kompaun baru bermula sesuatu tarikh yang ditetapkan agar pengguna-pengguna lebih berwaspada dengan undang-undang yang dikuatkuasakan. Tetapi jangan hairan atau gundah gulana apabila hubungan kejiranan dan perpaduan pudar apabila pengguna-pengguna enggan meminjamkan kenderaan mereka kepada rakan taulan baik yang sangat memerlukan. Kita hanya manusia biasa cuma pangkat darjat, wang dan amalan yang membezakan kita.
Sila berfikir secara waras dan sedalam-dalamnya sebelum menandatangani satu Kempen Tandatangan Membantah Saman Ekor yang dianjurkan oleh satu pihak yang ingin menyuarakan pandangan.Jika anda rasa anda perlu tandatanganinya silakan. Sebagai tanda adil dan saksama sila maklumkan jika terdapat juga Kempen Tandatangan Menyokong Sama Ekor diruangan komen untuk di hubungkan (link). Kita sebagai manusia yang mampu berfikir dan dikurniakan cerdik pandai maka kaji lah sesuatu perkara dengan sebaik-baiknya.Berbincang dari pelbagai sudut itu yang lebih dialu-alukan. Si penoreh getah memerlukan si pegawai bank dan sebaliknya si pegawai bank juga memerlukan si penoreh getah. Jika tidak mana mungkin Si Pegawai Bank memandu kereta ber tayar getah dan mana mungkin Si Penoreh berurusan dengan pihak bank. Kita Manusia Biasa.
0 comments:
Post a Comment